Thursday, April 22, 2010

2. Kebersihan Fizikal dan Mental



BERBAIK
SANGKA DAN BERFIKIRAN POSITIF BUDAYA KITA



Sebagai seorang pelajar, kita haruslah sentiasa ada sikap berbaik sangka. Kalau kita mempunyai sikap ini sudah tentu kita akan dipuji.

Apakah maksudnya berbaik sangka? berbaik sangka adalah sesuatu perkara yang kita berfikir secara positif dan tidak menuduh orang sebarangan. Kita seharusnya berfikir dahulu atau menyiasat dahulu sebelum menuduh orang.

Menyiasat dulu adalah perbuatan yang mesti kita lakukan kalau ada sebarang kes kecurian.


Contohnya, Najwa mendapat markah yang tertinggi dalam peperiksaan. Afiqah, kawannya menuduh Najwa meniru jawapan orang. Ini membuktikan bahawa Afiqah telah menuduh kawannya sebelum menyiasat. Afiqah menanyakan tentang bagaimana Najwa mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan ? Adakah Najwa meniru? dia bertanya kepada Ketua Pengawas, Ariana. Ariana memberitahu Afiqah jangan menuduh orang tanpa bukti. Afiqah lalu meminta maaf kepada Najwa kerana telah menuduh Najwa meniru dalam peperiksaan.

Oleh itu, Kita mesti berfikir secara positif kerana berfikir secara positif adalah budaya kita. Termasuk juga, menyiasat dahulu.


No comments:

Post a Comment