Thursday, April 22, 2010

2. Kebersihan Fizikal dan Mental



BERBAIK
SANGKA DAN BERFIKIRAN POSITIF BUDAYA KITA



Sebagai seorang pelajar, kita haruslah sentiasa ada sikap berbaik sangka. Kalau kita mempunyai sikap ini sudah tentu kita akan dipuji.

Apakah maksudnya berbaik sangka? berbaik sangka adalah sesuatu perkara yang kita berfikir secara positif dan tidak menuduh orang sebarangan. Kita seharusnya berfikir dahulu atau menyiasat dahulu sebelum menuduh orang.

Menyiasat dulu adalah perbuatan yang mesti kita lakukan kalau ada sebarang kes kecurian.


Contohnya, Najwa mendapat markah yang tertinggi dalam peperiksaan. Afiqah, kawannya menuduh Najwa meniru jawapan orang. Ini membuktikan bahawa Afiqah telah menuduh kawannya sebelum menyiasat. Afiqah menanyakan tentang bagaimana Najwa mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan ? Adakah Najwa meniru? dia bertanya kepada Ketua Pengawas, Ariana. Ariana memberitahu Afiqah jangan menuduh orang tanpa bukti. Afiqah lalu meminta maaf kepada Najwa kerana telah menuduh Najwa meniru dalam peperiksaan.

Oleh itu, Kita mesti berfikir secara positif kerana berfikir secara positif adalah budaya kita. Termasuk juga, menyiasat dahulu.


Tuesday, April 20, 2010

1. Kepercayaan Kepada Tuhan


Setiap manusia selalunya mepunyai agama dan tempat beribadat
untuk bersembahyang. Setiap agama percaya wujudnya ada Tuhan.

Gambar-gambar dibawah menunjukkan tempat beriadat.


Masjid


Kuil


Tokong



Gereja

Gurdawara


Masjid adalah tempat beribadat agama Islam. Manakala, Kuil tempat beribadat agama India.
Seterusnya, Tokong adalah tempat beribadat agama Cina dan terakhir sekali adalah Gereja untuk agama Kristian.

Tempat beribadat merupakan tempat mengerjakan ibadat sembahyang. Kita perlu
beradab sopan semasa berada di tempat beribadat.

Antara peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada di tempat-tampat beribadat adalah
seperti berikut:-


Masjid = memakai pakaian yang menutup aurat bagi wanita.

Kuil = membuka kasut dan membasuh kaki sebelum masuk ke dalam kuil.

Tokong = tidak membawa makanan berdaging.

Gereja = mendengar ucapan dari paderi dengan teliti.

Gurdwara = sujud kepada " Guru Granth Sahid " apabila masuk dan sebelum keluar dari
Gurdwara.